Sunday, January 16, 2011

epan lepak umh tok ayah

smlm kami anak beranak lepak umah tok ayah epan
sape lg en rahikam kadim la..
hari tu masa g umh tgh renovation
now dh 90% siap..so leh la meninjau


mama dgn tarzan kecik
nama panggilan baru epan..
nk tau nape..?
nnt la entry berikutnya


mula2 msk umah kam,kena la tgk bilik tido dulu
wajib..hahaha
semua serba putih


luar bilik...

lampu2 kt ruang tamu menyerlah skali
maybe naik dgn warna cat pilihan kam


alif meninjau2 umah
dia join skali smlm sbb nk beli umah area putra perdana jgk
marilah kita berjiran ramai2
hehehe


ruang mkn yg simple
maklum la org bujang


epan merasmikan set katil tok ayah
happynya dia smlm lepak umh tok ayah


ruang antara tmpt mkn ke dapur

gmbr konvo menghiasi rak

papa tgh melayan tarzan kecik

lampu & kipas menghiasi ruang tamu
langsir blm ada lg
dlm proses...langsir hrga ribu2


lampu2 yg cantik
marilah dtg beli @ houses of lighthing puchong
ehehehe..promote skit


rak penuh dgn teddy bear
mamat ni nmpk macho tp dlm hati ada tmn jgk..


ruang menonton tv

silalah lyn gmbr2 kt bwh ni
dh xtau nk cter satu2 psl gmbr2 ni
:)













sekian,terima kasih

Thursday, January 13, 2011

perkembangan bayi usia 5 bulan






Duduk dengan sendiri

Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk
seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.


***epan blm blh ddk dgn sendiri

Mengulangi bunyi yang disukainya

Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan “tidak” dan “kenapa” akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan.


***yg ni yul suka..sbb skrg epan dh suka menyanyi n bebel2..xtau apa yg dia cuba ckp

Cukup kuat untuk makan sendiri

Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.


***dh mkn biskut n nestum...tp blm ckup kuat utk mkn sndr

Belajar mengenai sebab dan akibat

Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah.


***dh pandai pegang botol susu sndr...dh kenal objek cth puting n botol susu bila bg,dia tau apa benda n fungsi tu...terus msk dlm mulut good boy!

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut

Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya.

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut.



***yes...dia dh pandai tgk tv..bila tgk kartun,dia akan gelak2 bila main agah2 or sorok2..dia akan ketawa mengilai epan dh tau beza siang or mlm mlm...tido dgn lena zzzzzzzzzzzzzzzzz (dh tido dlm lampu suram2 je)

Mempertajamkan deria terhadap bunyi

Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b”. Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain.



***start 3bln lg,epan dh peka dgn nama dia bila panggil nama dia...dia akan toleh samada cpt or lambat

Mudah mengalihkan perhatian

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya.


***setakat ni kalo g mana2 epan x meragam lg dia lg suka time berjln2 even jln kaki dr umah ke umh pengasuh

Perkembangan pelbagai emosi

Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga.

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka.


***epan dh pandai merengek bila yul or papanya xde dgn dia suka dimanjakan and dilayan smpai penat bila dukung...ada org lain yg cuba dukung dia,dia dh pandai menoleh arah lain..tandanya dia xnk la yg nmpk ketara,dia lbh rapat dgn yul dr papanya bila nmpk muka yul..dia akan sengeh je..hehehe

jom shopping brg bb nak??


en suami,papa,dear,syg,ucuk manja
jom g sini weekend ni...
hehehehe




Date : 14-16 January 2011
Venue : Midvalley Exhibition Centre
Time : 11 am - 9 pm

Wednesday, January 12, 2011

epan & papa buat apa tu....??

kejadian berlaku mlm minggu lps
2 beranak ni dh x pedulikan yul dh
apa yg diorg buat ni sampai mata x berkelip2??


pandangan dr tepi
abaikan perut en sharul ye
berkat si isteri mjaga dgn baik
hahahaha


ni plak pandangan dr depan
papa epan still xnk toleh pandang kamera
tp nasib epan pandang mama dia
cuma muka serius..sbb fokus terganggu jap


fokus....dh dkt 30min keadaan ni berterusan
apa citer ni...??



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

epan & papa tgk pe tu...?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tiba2 best plak nk main scroll2 ni
hahahaha


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




laa...tgk bola rupanya
epan pn minta arsenal
mcm papa dia
mereka ni peminat bola
sian mama,xde geng
pastu xleh tgk chanel lain



at last,si kecik ni tertido sndr...papa jelah tgk smpai abis game
:)

Tuesday, January 11, 2011

eerfan 5 months



sian anak mama
pas cucuk smlm merengek2
nasib anak mama x demam
maybe peha kena cucuk tu sakit
mlm td epan tido smpai pg...kepenatan
alhamdulillah..berat n tinggi naik


Sunday, January 9, 2011

lunch @ ayam penyet puchong

sabtu lps yul n hubby g lunch @ restoran ayam penyet
xtau nk mkn pe
tiba2 yul teringin nk rasa mcmana mkn ayam penyet
so,decide g restoran ayam penyet @ bandar puteri puchong


1st time mkn kt sini
so,buat2 pandai la time nk oder mkanan

stroller si kecik tggl kt kg
kena la pegang bdk kecik ni..


menu 1 = ayam penyet
rasanya ok2 je
mcm ayam grg tepung biasa
maybe yg lain sbb sambal dia yg pedas tu

menu 2= daging grg pe ntah
x sure plak nama saintifik dia
x mkn pn...sbb my dear yg oder



menu 3 = terung berlada
ok la rasanya
sbb yul mmg minat terung


last skali,menu penaik selera
gulai lemak pucuk ubi
mmg best


dh abis mkn...smpai si kecik tertido

lenanya anak mama ni tido
yg penatnya mama lor
anak mama dia dh makin bersemangat
naik patah dh lengan ni
pas ni kalo mama nk mkn ayam penyet,kena ajak org lain la
papa dh xnk mkn kt situ...bkn mengikut selera dia katanya
ermm
mm

Thursday, January 6, 2011

pyjama for epan...

dh smpai pn brg pyjama yg oder dr nabil
selama ni beli baju tido epan byk lengan pendek
epan ni suka tido dlm aircond even cuaca skrg ni sejuk
bila ttp aircond,pasang kipas..mula la gelisah...tido x lena
yg merisaukan bila yul selimutkan dia,dia xnk..mcm lemas plak
so,decide dgn my dear utk tambahkan koleksi bj tido epan yg berlengan panjang
xde la epan kesejukan sgt
as usual,oder la kt nabil


hrga 4 pasang ni sepatutnya rm100
nabil suruh byr rm90 je
tq nabil..